SeLaMat DaTang Ke DuNiA NdYa QeLaTe...

Doa Untuk Sahabatku.....

Ya Allah... panjangkan lah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangilah hatinya dengan nur pancaran iman,tetapkanlah hatinya ,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya pada kebaikan dan jauhkan hatinya pada kejahatan ,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat.

Ya Allah....Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.....

Ya Allah...kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak...Amin.


Kerana ilmu kita bertemu.....kerana perkenalan ukhwah terjalin...kerana cita-cita perpisahan terjadi...TAPI kerana persahabatan Lillahi ia akan berkekalan dan diredhai.....

Ya Allah.... sahabatku buah hati ku,mesra kami penawar duka

rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah ....silatulrahim kami ukhwah fillah,bermusuh kami nauzubillah,berpisah mati insyaallah,pengubat hati doa rabitah

Ya Allah...rahmati kami meniti usia , terpisah kami di alam nyata pertemukan semula kami di alam syurga ......

InsyaAllah amin....

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

*jenama terhangat di pasaran sekarang
*Hanya setitik badan wangi sepanjang hari
*Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol
*Sesuai digunakan untuk/semasa solat
*Diinspirasikan daripada haruman jenama antarabangsa
*4 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
*Sekotak hanya RM25.00 / RM27.00( Tidak termasuk kos penghantaran)
*Turut ditawarkan set biasa yang berharga RM40/ RM45 sekotak( 8 botol sekotak dalam pelbagai bauan)

HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT:

no tel: 019-9061243 / 013-9182345

emel: NDya.Mieya@gmail.com

KoLeKsi ViDeo KegeMaRaN NaD

10:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »

adik beradik yang berbakat


Stacy paksa jumpa Ajai

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

SEBUT saja nama Ajai, Chaq sudah gementar. Bila dipaksa adiknya yang juga penyanyi Stacy untuk menjalani uji bakat program realiti Mentor musim ketiga di bawah penyeliaan Ajai, Chaq makin tidak keruan.

Jauh di sudut hatinya terdetik memang harapan tipis mahu menyertai Mentor, apatah lagi jika penyanyi dan komposer terkenal, Ajai yang menjadi mentor. Namun tak kenal maka tak cinta, Ajai yang sering kelihatan serius dan agak moody di kaca TV, bukanlah seperti yang digambarkan.

Sambil tersenyum, Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 21, mengakui: “Stacy memaksa saya mencuba uji bakat Mentor. Bila dapat tahu mentornya adalah Ajai, saya memang takut. Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan harapan Stacy dan keluarga, saya gagahkan kaki untuk mencuba.

“Dalam hati saya, apa nak jadi jadilah, bukan dapat pun. Dulu saya pernah nak mencuba nasib dalam program realiti Akademi Fantasia, tetapi bila tahu Ajai jadi jurinya, saya terus tak jadi nak melangkah. Kali ini, saya tak dapat mengelak lagi, takut ke, kecut perut ke, saya terpaksa ketepikan perasaan itu.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila Ajai memilih saya sedangkan saya lihat ramai lagi peserta yang hebat dan berbakat. Umpama bulan jatuh ke riba, saya tidak sesekali menghampakan kepercayaan dan harapan Ajai, saya berusaha membuat yang terbaik dalam setiap persembahan mingguan. Saya juga bersyukur sehingga hari ini, saya mendapat reaksi positif daripada juri profesional dan penonton di rumah.

“Percayalah tanpa bantuan dan ilmu yang dicurahkan Ajai, saya tak akan mampu berada di tahap ini. Saya sebenarnya sangat bertuah memiliki mentor seperti Ajai. Bukan hanya saya dapat menimba banyak pengalaman, malah ilmu dan pengetahuan Ajai dalam bidang muzik juga meluas.”

Chaq akui dia juga selesa bekerjasama dengan Ajai kerana komposer dan penyanyi terkenal itu berfikiran terbuka dan tidak pernah memberi tekanan padanya. Malah apa saja yang mereka lakukan termasuklah pemilihan lagu dan konsep persembahan adalah perbincangan dan persetujuan bersama.

“Ajai banyak memberi tunjuk ajar, dia mengajar saya bagaimana menyanyi dari hati dan ada emosi. Kalau saya tak bersama Ajai, saya mungkin tak tahu nak `menghidupkan’ sebuah lagu, tetapi dengan tunjuk ajar mentor yang berpengalaman, sedikit demi sedikit saya dapat menerokai ilmu nyanyian.

“Keadaan saya juga ceria dan bersemangat apabila kerja tiada tekanan. Ajai seorang yang memahami dan cool sebenarnya, kalau saya tak dapat buat, dia bagi saya peluang berehat minda. Suasana kerja kami juga sentiasa ceria dan bergelak ketawa, tiada tekanan langsung,” katanya yang digelar Justin Timberlake Malaysia.

Dulu, Chaq dan adiknya, Stacy pernah mencuba nasib dalam Gangstarz menerusi kumpulan Evoke, bagaimanapun mereka tersingkir dalam pusingan wildcard. Sebelum bersama Mentor, Chaq bergerak bersama kumpulan Bad Boys di bawah Aico Entertainment milik penyanyi Adam. Bagaimanapun, Chaq yang juga penari latar Adam itu terpaksa meninggalkan kumpulan itu demi meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian.

“Saya mula menyanyi ketika berusia 12 tahun. Kalau dulu, saya dan Stacy selalu berentap dalam apa saja pertandingan ketika masih bersekolah. Selalunya Stacy akan bergelar juara, saya mesti naib juara. Bila bekerja di kelab, Stacy akan menyanyi dan saya pula akan menjadi penari latarnya.

“Saya dan Stacy tak dapat menghabiskan persekolahan, saya tak sempat ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atas masalah tertentu. Sejak itu, saya dan Stacy bekerja dari kelab ke kelab untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, maklumlah keluarga saya bukan orang senang,” katanya.

Ajai berkata, dia melihat Chaq mempunyai bakat yang boleh digilap, tone suara sedap didengar dan bonusnya adalah Chaq pandai menari. Dan paling penting, dia tidak menyampah bila melihat wajah ceria protegenya itu.

Dengan nada perlahan, Ajai akui: “Chaq memiliki karisma sebagai penyanyi. Kalau saya tak menyampah melihat Chaq, saya percaya orang lain turut tidak meluat melihatnya. Bukanlah mahu memujinya, tetapi Chaq memiliki pakej, dari suara, penampilan dan pandai menari. Apa yang ada pada Chaq boleh digilap untuk sesuatu yang sempurna.

“Chaq juga ada jiwa dan penghayatan yang baik bila menyanyi dan tak semua peserta memiliki keistimewaan itu. Mungkin sudah bakat semula jadi yang ada pada Chaq, tetapi sebagai mentor, saya akan pastikan Chaq berjaya dibentuk sebagai peserta yang bagus. Saya pula sudah tentu akan memilih peserta yang ada 60 peratus kelebihan dan selebihnya akan saya gilap. Kalau saya perlu membentuk 100 peratus pada peserta, saya tak fikir akan mempunyai masa yang mencukupi.

“Saya juga perlu mengikut rentak muzik yang Chaq selesa, bukan hanya mengikut kehendak saya tetapi akhirnya Chaq tidak mampu melakukannya dengan baik. Saya juga menganggap muzik seperti fesyen terkini yang sentiasa berubah-ubah, jadi apa saja yang dilakukan berlandaskan perkembangan muzik hari ini.

“Saya sering menasihatkan Chaq, persembahan perlu jujur dan tidak ada paksaan. Bila bekerja juga begitu, saya tidak suka bekerja dalam tekanan. Saya percaya apa yang ada pada Chaq adalah pemberian Tuhan cuma kena gilap dari masa ke semasa. Saya juga gembira memiliki protege yang pandai menari, dalam masa yang sama, kami juga bertukar ilmu dan saya belajar menari dengannya,” kata Ajai lagi.

0 comments:

koleksi video stacy