SeLaMat DaTang Ke DuNiA NdYa QeLaTe...

Doa Untuk Sahabatku.....

Ya Allah... panjangkan lah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangilah hatinya dengan nur pancaran iman,tetapkanlah hatinya ,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya pada kebaikan dan jauhkan hatinya pada kejahatan ,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat.

Ya Allah....Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.....

Ya Allah...kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak...Amin.


Kerana ilmu kita bertemu.....kerana perkenalan ukhwah terjalin...kerana cita-cita perpisahan terjadi...TAPI kerana persahabatan Lillahi ia akan berkekalan dan diredhai.....

Ya Allah.... sahabatku buah hati ku,mesra kami penawar duka

rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah ....silatulrahim kami ukhwah fillah,bermusuh kami nauzubillah,berpisah mati insyaallah,pengubat hati doa rabitah

Ya Allah...rahmati kami meniti usia , terpisah kami di alam nyata pertemukan semula kami di alam syurga ......

InsyaAllah amin....

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

*jenama terhangat di pasaran sekarang
*Hanya setitik badan wangi sepanjang hari
*Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol
*Sesuai digunakan untuk/semasa solat
*Diinspirasikan daripada haruman jenama antarabangsa
*4 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
*Sekotak hanya RM25.00 / RM27.00( Tidak termasuk kos penghantaran)
*Turut ditawarkan set biasa yang berharga RM40/ RM45 sekotak( 8 botol sekotak dalam pelbagai bauan)

HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT:

no tel: 019-9061243 / 013-9182345

emel: NDya.Mieya@gmail.com

KoLeKsi ViDeo KegeMaRaN NaD

10:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »

adik beradik yang berbakat


Stacy paksa jumpa Ajai

Oleh Raja Nurfatimah Mawar Mohamed

SEBUT saja nama Ajai, Chaq sudah gementar. Bila dipaksa adiknya yang juga penyanyi Stacy untuk menjalani uji bakat program realiti Mentor musim ketiga di bawah penyeliaan Ajai, Chaq makin tidak keruan.

Jauh di sudut hatinya terdetik memang harapan tipis mahu menyertai Mentor, apatah lagi jika penyanyi dan komposer terkenal, Ajai yang menjadi mentor. Namun tak kenal maka tak cinta, Ajai yang sering kelihatan serius dan agak moody di kaca TV, bukanlah seperti yang digambarkan.

Sambil tersenyum, Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 21, mengakui: “Stacy memaksa saya mencuba uji bakat Mentor. Bila dapat tahu mentornya adalah Ajai, saya memang takut. Bagaimanapun, untuk tidak menghampakan harapan Stacy dan keluarga, saya gagahkan kaki untuk mencuba.

“Dalam hati saya, apa nak jadi jadilah, bukan dapat pun. Dulu saya pernah nak mencuba nasib dalam program realiti Akademi Fantasia, tetapi bila tahu Ajai jadi jurinya, saya terus tak jadi nak melangkah. Kali ini, saya tak dapat mengelak lagi, takut ke, kecut perut ke, saya terpaksa ketepikan perasaan itu.

“Bagaimanapun saya terkejut apabila Ajai memilih saya sedangkan saya lihat ramai lagi peserta yang hebat dan berbakat. Umpama bulan jatuh ke riba, saya tidak sesekali menghampakan kepercayaan dan harapan Ajai, saya berusaha membuat yang terbaik dalam setiap persembahan mingguan. Saya juga bersyukur sehingga hari ini, saya mendapat reaksi positif daripada juri profesional dan penonton di rumah.

“Percayalah tanpa bantuan dan ilmu yang dicurahkan Ajai, saya tak akan mampu berada di tahap ini. Saya sebenarnya sangat bertuah memiliki mentor seperti Ajai. Bukan hanya saya dapat menimba banyak pengalaman, malah ilmu dan pengetahuan Ajai dalam bidang muzik juga meluas.”

Chaq akui dia juga selesa bekerjasama dengan Ajai kerana komposer dan penyanyi terkenal itu berfikiran terbuka dan tidak pernah memberi tekanan padanya. Malah apa saja yang mereka lakukan termasuklah pemilihan lagu dan konsep persembahan adalah perbincangan dan persetujuan bersama.

“Ajai banyak memberi tunjuk ajar, dia mengajar saya bagaimana menyanyi dari hati dan ada emosi. Kalau saya tak bersama Ajai, saya mungkin tak tahu nak `menghidupkan’ sebuah lagu, tetapi dengan tunjuk ajar mentor yang berpengalaman, sedikit demi sedikit saya dapat menerokai ilmu nyanyian.

“Keadaan saya juga ceria dan bersemangat apabila kerja tiada tekanan. Ajai seorang yang memahami dan cool sebenarnya, kalau saya tak dapat buat, dia bagi saya peluang berehat minda. Suasana kerja kami juga sentiasa ceria dan bergelak ketawa, tiada tekanan langsung,” katanya yang digelar Justin Timberlake Malaysia.

Dulu, Chaq dan adiknya, Stacy pernah mencuba nasib dalam Gangstarz menerusi kumpulan Evoke, bagaimanapun mereka tersingkir dalam pusingan wildcard. Sebelum bersama Mentor, Chaq bergerak bersama kumpulan Bad Boys di bawah Aico Entertainment milik penyanyi Adam. Bagaimanapun, Chaq yang juga penari latar Adam itu terpaksa meninggalkan kumpulan itu demi meneruskan perjuangan dalam bidang nyanyian.

“Saya mula menyanyi ketika berusia 12 tahun. Kalau dulu, saya dan Stacy selalu berentap dalam apa saja pertandingan ketika masih bersekolah. Selalunya Stacy akan bergelar juara, saya mesti naib juara. Bila bekerja di kelab, Stacy akan menyanyi dan saya pula akan menjadi penari latarnya.

“Saya dan Stacy tak dapat menghabiskan persekolahan, saya tak sempat ambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia atas masalah tertentu. Sejak itu, saya dan Stacy bekerja dari kelab ke kelab untuk menyara hidup diri sendiri dan keluarga, maklumlah keluarga saya bukan orang senang,” katanya.

Ajai berkata, dia melihat Chaq mempunyai bakat yang boleh digilap, tone suara sedap didengar dan bonusnya adalah Chaq pandai menari. Dan paling penting, dia tidak menyampah bila melihat wajah ceria protegenya itu.

Dengan nada perlahan, Ajai akui: “Chaq memiliki karisma sebagai penyanyi. Kalau saya tak menyampah melihat Chaq, saya percaya orang lain turut tidak meluat melihatnya. Bukanlah mahu memujinya, tetapi Chaq memiliki pakej, dari suara, penampilan dan pandai menari. Apa yang ada pada Chaq boleh digilap untuk sesuatu yang sempurna.

“Chaq juga ada jiwa dan penghayatan yang baik bila menyanyi dan tak semua peserta memiliki keistimewaan itu. Mungkin sudah bakat semula jadi yang ada pada Chaq, tetapi sebagai mentor, saya akan pastikan Chaq berjaya dibentuk sebagai peserta yang bagus. Saya pula sudah tentu akan memilih peserta yang ada 60 peratus kelebihan dan selebihnya akan saya gilap. Kalau saya perlu membentuk 100 peratus pada peserta, saya tak fikir akan mempunyai masa yang mencukupi.

“Saya juga perlu mengikut rentak muzik yang Chaq selesa, bukan hanya mengikut kehendak saya tetapi akhirnya Chaq tidak mampu melakukannya dengan baik. Saya juga menganggap muzik seperti fesyen terkini yang sentiasa berubah-ubah, jadi apa saja yang dilakukan berlandaskan perkembangan muzik hari ini.

“Saya sering menasihatkan Chaq, persembahan perlu jujur dan tidak ada paksaan. Bila bekerja juga begitu, saya tidak suka bekerja dalam tekanan. Saya percaya apa yang ada pada Chaq adalah pemberian Tuhan cuma kena gilap dari masa ke semasa. Saya juga gembira memiliki protege yang pandai menari, dalam masa yang sama, kami juga bertukar ilmu dan saya belajar menari dengannya,” kata Ajai lagi.

7:19 PM Posted In Edit This 0 Comments »
DUA buah aktiviti projek amal secara besar-besaran akan diadakan pada hujung minggu ini.

'ROAD Tour Lelong Amal SuriaFM' pertama akan diadakan pada esok hari, 30 Mei, jam 3 petang bertempat di Dataran Pahlawan Melaka.

Keesokan harinya pula, pada 31 Mei, ianya akan diadakan di Dataran Teluk Kemang Port Dickson bermula 3 ptg.

Beberapa nama selebriti popular akan turut serta seperti Dayang Nurfaizah, Stacy, Farah Asyikin, Nubhan, Kumpulan Divine Master, dan ramail lagi.

Selain menghiburkan penonton, artis juga turut melelong barangan peribadi mereka seperti Pakaian, Kasut, aksesori hiasan dan banyak lagi.

Tidak ketinggalan penyampai SuriaFM seperti Tuah, Zizi, Myra, Zaff, Akhtar, Naim dan Lin.

Hasil lelongan akan di serahkan kepada Pusat Perlindungan Pernim (anak anak HIV positif).

7:24 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Murai Batu melihat sendiri barisan gigi kedua-dua mereka apabila berkunjung ke satu majlis makan malam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency (KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikan pelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ. Bagaimanapun, gigi yang dipakai sekarang masih lagi sementara dan akan digantikan dengan gigi yang lebih real dari segi tekstur dan warna kurang lagi seminggu selepas kesan pembedahan kecil tempoh hari ke atas mereka, benar-benar telah sembuh. Difahamkan kedua-dua mereka telah pergi ke klinik pakar gigi yang sama dikunjungi oleh Claudia dan Aishah dulu. Waaah, makin popular nampaknya tetapi harganya itu Murai Batu rasa bukanlah untuk orang kebanyakan kita. Tapi tak tahulah kalau boleh buat bayaran instalment atau konsep main kutu! Mungkin ramai dah tahu tapi Murai Batu nak ulangi di sini bahawa Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 20, adalah abang kepada juara AF6, Stacy. Apa yang menarik, ketika sesi latihan show majlis itu, Chaq yang handal menari telah membuat persembahan dengan penari-penari Korea yang lincah dan mendapat pujian. Hai, patutlah nampak senyuman Ajai dan Chaq makin berseri sebab gigi lama yang agak kureng sedikit dah makin cantik. Maklumlah artis katakan, jadi kenalah jaga senyuman agar berseri-seri, lagi pun gigi juga sangat penting untuk kita makan dengan lebih sempurna. Murai Batu perhatikan Chaq pun makin popular dan imejnya ada nilai komersial macam adiknya, Stacy.

sumber dari murai.com.my

8:37 PM Posted In Edit This 0 Comments »
Stacy menghargai pujian ramai yang merasakan dirinya semakin hebat di persada hiburan tanahair

KELINCAHAN bintang kelahiran Akademi Fantasia musim keenam ini (AF6) tatkala beraksi di pentas memang dilihat menjadi kekuatan utama Stracie Angie Anam atau mesra dipanggil Stacy ini berbanding rakan-rakan artis seangkatan dengannya. Bukan semua penyanyi dianugerahkan bakat menari dan menyanyi pada masa yang sama, namun juara AF6 ini cukup bertuah kerana dikurniakan kebolehan seperti itu dan menjadi 'aset' untuk dirinya terus bertahan di persada seni ini. Berilah apa saja gelaran buatnya; Agnes Monica Malaysia atau Britney Spears Malaysia - apa yang penting, Stacy berjaya memperkenalkan identitinya tersendiri yang bersandarkan kepada kekuatan vokal dan kehebatan gerak tari setiap kali dia melakukan persembahan. Bagi tuan empunya diri, 'kelebihan' yang dimiliki itu tidak pernah membuatkannya mendabik dada. Malah, penyanyi berusia 18 tahun ini akui, apa yang dilaluinya adalah satu cabaran juga kerana perlu sentiasa mencari idea-idea baru agar persembahannya di pentas mempunyai kelainan. "Saya tidak nafikan, ramai yang merasakan kekuatan saya adalah pada persembahan pentas. Saya lega sebenarnya kerana cepat jumpa 'kelebihan' diri dan identiti sendiri. "At least, bila orang bercakap tentang Stacy, mereka boleh ingat tentang gaya persembahan saya. Tetapi saya tidak menafikan bukan mudah untuk sentiasa pastikan peminat atau penonton suka pada persembahan saya. "Lagipun, menari dan menyanyi pada masa yang sama memerlukan stamina yang tinggi. Saya memang terpaksa meletakkan tumpuan yang tinggi untuk tingkatkan stamina dengan mempelbanyakkan latihan. "Gaya persembahan juga perlu ada kelainan...kalau asyik menari gaya yang sama saja, peminat akan rasa bosan pula. Sebab itulah saya sendiri terpaksa berbincang dengan penari-penari untuk cari idea. "Sebagai contoh sewaktu persembahan saya di konsert akhir Akademi Fantasia musim ketujuh baru-baru ini, saya menyelitkan elemen tarian 'tecktonik' dan 'shuffle' yang sedang menjadi trend ketika ini," kata Stacy . Ujar gadis kelahiran Sabah ini, dia sememangnya cukup teliti bila menyentuh tentang aspek persembahan dan seboleh mungkin akan memastikan apa yang bakal dipersembahkannya itu dapat menghiburkan penonton. "Saya amat suka buat persembahan. Sebab itu saya jarang fikir sama ada saya popular atau tidak kerana apa yang penting bagi saya, adakah orang masih ingin melihat saya beraksi di pentas. "Tetapi saya bersyukur kerana sewaktu saya adakan 'mini tour' di enam buah lokasi di Sabah pada awal tahun ini, sambutannya memang hebat. Teringin juga ingin adakan show yang sama di Kuala Lumpur, tetapi itu semua terpulanglah pada pihak pengurusan. "Jika ada peluang, memang saya akan buat 'all-out'," tutur Artis Baru Wanita Popular dan Penyanyi Wanita Popular Anugerah Bintang Popular 2008 ini. Lantaran itu, kata Stacy, pada masa hadapan, dia akan tetap mengetengahkan muzik 'pop dance' seperti yang ditampilkan di dalam album sulungnya, Aku Stacy, kerana merasakan genre tersebut amat dekat dengan jiwanya. "Konsep 'pop dance' memang kena dengan jiwa saya. Sudah tentu saya juga ada impian untuk menjadi artis yang 'versatile'...mungkin untuk album-album akan datang, saya akan selitkan juga genre balada dan muzik yang tidak begitu rancak. "Tetapi tetap saya akan kekalkan 'trademark' saya dengan genre 'pop dance'," kata Stacy yang akan merakamkan single terbaru tidak lama lagi. Album sulungnya yang telah dilancarkan oleh Tan Sri Bernard Dompok di Kota Kinabalu, Sabah pada 8 Mac lalu dikatakan mendapat sambutan yang baik. Album tersebut memuatkan tujuh buah lagu yang mana lima daripadanya adalah lagu baru. Dua buah lagu lagi ialah Aku Stacy versi 'live' dan Cinta Khayalan, sebuah lagu yang pernah dinyanyikan oleh Stacy pada konsert AF6 dulu. Antara komposer yang terlibat di dalam album ini ialah Audi Mok, Kieran Kuek dan Edry KRU. Ditanya tentang perancangannya selepas ini, kata Stacy, buat masa ini, syarikat pengurusannya, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) banyak membantu menguruskan jadual seninya, setelah Maestro ditutup. "Berada di bawah pengurusan AESB cukup berbeza. Mereka selalu adakan mesyuarat, jadi saya tahu apa perancangan mereka terhadap karier saya," tutur Stacy yang menambah dia turut menyimpan hasrat untuk menceburi bidang lakonan jika berkesempatan kelak.

1:07 AM Edit This 0 Comments »











PETALING JAYA, 23 MEI 2009:
Meriahkan bagaikan majlis perkahwinan. Begitulah yang dapat dikatakan majlis cukul jambul dan aqiqah untuk Engku Aleesya - cahaya mata pasangan Erra Fazira Wan Chek dan suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang diadakan di Taman Tun Dr Ismail, petang tadi.


Seperti yang dijanjikan, bayi perempuan yang comel itu diperkenalkan secara rasmi kepada pihak media serta rakan taulan.


Berusia kira-kira 2 bulan, majlis yang sungguh meriah dan beradat diadakan di Restoran Puteri, milik bersama kakak angkat Erra, Puan Habsah Hassan dan Rubiah Suparman.


Kemunculan Aleesya petang tadi dimulai dengan alunan marhaban oleh kumpulan Sautul Ijtihad dalam suasana majlis yang berlatar belakangkan hiasan dekorasi indah bertemakan merah jambu tajaan Lynda Rahim, Kuala Lumpur.


p/s: cerita yang lebih lanjut layari la www.murai.com.my

STACY AT METRO....PERADUAN!!!!!

9:37 PM Edit This 0 Comments »
haliuewwww....ni citer terbaru yang nad dapat dari akhbar berita metro...layan la dulu ye..bz ckit...babaiiiiiiiiiiiiiii

stacy & chaq di majalah mangga

6:30 PM Edit This 0 Comments »
cover depan majalah mangga bulan ni

salam dan selamat sejahtera kawan2...hari ni nad nak korang layan citer pasal stacy dan abg dia (chaq) dalam majalah mangga yang terbaru..tu je citer terbaru yang dapat nad update unt korang...semoga hepi2 la ye di blog ni..hehheeh...layannnnnnnnn

ishkss..kalo la org xtau ni abg stacy mesti dorang pk ni bf stacy kan...hehehehe

oklah..layan la dulu ye citer dalam mangga ni ye...jupe lagi nati...babaiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


p/s: hepi sgt dengar khabar terbaru stacy bakal takluk INDONESIA...smoga impian ini menjadi kenyataan..sbg peminat stacy sama2 la kite doakan kejayaan stacy k...


12:25 AM Posted In Edit This 0 Comments »
haliuewwwwww.....arine nad nak post pasal citer stacy di majalah remaja...so bg peminat2 stacy jangan lupa dapatkan majalah remaja yg terbaru(edisi may 2009) di pasaran sekarang k...


memang power dua2 ni....

so jangan lupa dapatkan majalah ni k...

p/s: jangan lupakan saksikan stacy di malam final af7 sabtu ini...








fuhhhhhh...legAAAAAAAAAAAAAA

8:12 AM Edit This 0 Comments »
Salam...samat malam semua...aduyaiiiiii...lega betul rasenyer....
finally...siap jugak blog nad yg sendiri...setelah berhari2 berusaha unt bahagikan ms unt siapkan blog ni akhirnya siap jugak Ndya Qelate Zone ni...harap2 korang yg singgah kat blog ni hepi2 n puas hati la dgn hasil keje nad...tq jugak kat adik nad yg sudi bg support kat akak dia ni..hehehhee..oklah...mau p tido suda..gudnite..take care...c u..

salam....

koleksi video stacy