7:24 PM Posted In chaq Edit This 0 Comments »
Murai Batu melihat sendiri barisan gigi kedua-dua mereka apabila berkunjung ke satu majlis makan malam bertempat di Hotel Nikko, Kuala Lumpur baru-baru ini. Ajai & Chaq telah diundang oleh Korean Tour Agency (KTO - yang menaja Mawi & Ekin ke berbulan madu) bagi menyaksikan pelancaran kempen pelancongan EXPO 2010 - YOEOSU KOREA di situ. Bagaimanapun, gigi yang dipakai sekarang masih lagi sementara dan akan digantikan dengan gigi yang lebih real dari segi tekstur dan warna kurang lagi seminggu selepas kesan pembedahan kecil tempoh hari ke atas mereka, benar-benar telah sembuh. Difahamkan kedua-dua mereka telah pergi ke klinik pakar gigi yang sama dikunjungi oleh Claudia dan Aishah dulu. Waaah, makin popular nampaknya tetapi harganya itu Murai Batu rasa bukanlah untuk orang kebanyakan kita. Tapi tak tahulah kalau boleh buat bayaran instalment atau konsep main kutu! Mungkin ramai dah tahu tapi Murai Batu nak ulangi di sini bahawa Chaq atau nama sebenarnya Camellus De'lelli Anam, 20, adalah abang kepada juara AF6, Stacy. Apa yang menarik, ketika sesi latihan show majlis itu, Chaq yang handal menari telah membuat persembahan dengan penari-penari Korea yang lincah dan mendapat pujian. Hai, patutlah nampak senyuman Ajai dan Chaq makin berseri sebab gigi lama yang agak kureng sedikit dah makin cantik. Maklumlah artis katakan, jadi kenalah jaga senyuman agar berseri-seri, lagi pun gigi juga sangat penting untuk kita makan dengan lebih sempurna. Murai Batu perhatikan Chaq pun makin popular dan imejnya ada nilai komersial macam adiknya, Stacy. sumber dari murai.com.my








0 comments:
Post a Comment