11:34β―PM Edit This 0 Comments Β»

kehilangan michael jackson gemparkan dunia.....
Teks oleh Roslen Fadzil & Razif Rosdi
One day in your life
You'll remember a place
Someone touching your face
You'll come back and you'll look around, you'll . . .
One day in your life
You'll remember the love you found here
You'll remember me somehow
Though you don't need me now
I will stay in your heart
And when things fall apart
You'll remember one day . . .
One day in your life
When you find that youre always waiting
For a love we used to share
Just call my name, and I'll be there
PENYANYI: MICHAEL JACKSON
Begitulah lirik lagu One Day In Your Life yang pernah didendangkan oleh Michael Jackson. Lagu itu kemudiannya dirakamkan oleh Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad. Liriknya ringkas tetapi mempunyai makna yang sungguh
Kini Michael sudah tiada.Hanya namanya yang gah itu abadi dalam kenangan kita. Portal murai.com.my mendapat kenyataan beberapa artis tempatan yang membesar dengan lagu-lagunya termasuklah artis generasi muda yang turut mengkaguminya.
# Datuk Sharifah Aini: "Apabila melihat laporan CNN dan BBC di TV malam tadi, saya sudah tidak sedap hati. Kemudian, subuh tadi berita telah mengesahkan dia telah tiada, air mata saya terus menitis. Apa lagi yang boleh kita cakap kerana Michael adalah ikon dunia dan telah mencipta sejarah. Ketepikanlah cerita peribadinya tapi kenanglah sumbangan beliau dalam bidang seni. Dulu ketika persembahan, saya pernah menyanyikan lagunya, Ben dan One Day In Your Life. Sampai sekarang pun saya lagi masih sedih."
# Anita Sarawak: "Saya mula meminati Michael sejak zaman Motown dia bersama The Jackson 5. Lagu dan kemampuan Michael sangat-sangat memberikan inspirasi kepada saya untuk membuat persembahan. Banyak sekali lagu-lagu Michael yang pernah saya persembahkan di dalam dan luar negara. Daripada ABC, You Are Not Alone, Smooth Criminal dan Jam. Cuma saya sedih kerana penghujung hidup Michael dipenuhi dengan banyak dugaan dan tekanan. Jadi selepas ini tiada lagi sesiapa akan menyakiti hatinya."
# Datin Seri Tiara Jacquelina: "Bagi saya Michael adalah artis yang hebat dalam dunia pop selepas Elvis Presley dan The Beatles. Saya membesar dengan lagu-lagunya dan kagum dengan setiap pembaharuan yang cuba ditonjolkannya. Michael adalah seorang penghibur sejati yang sangat bekerja keras. Kerana minatkan Michael, ketika menguruskan kumpulan penari saya dulu, Kit Kat Klub, kami juga pernah membuat tribute kepada Michael Jackson."
# Alyah: "Alyah memang terkejut dan mengetahuinya selepas melayari murai.com.my pagi tadi. Alyah memang minat Michael sejak di bangku sekolah lagi. Lagu yang paling Alyah suka adalah Beat It, Heal The World, Black or White. Dalam dunia tarian Michael adalah Raja Tarian dan barulah datang artis muda seperti Justin Timberlake."
# Hafiz Suip (Juara AF7): "Kehilangan Ikon dunia ini memberikan kesan buat Hafiz kerana dia amatlah Hafiz kagumi. Hafiz sedih sangat. Hafiz minat dengan tarian dan persembahannya yang gempak. Rambut dia waktu dulu pun macam Hafiz juga. Terus-terang, Hafiz banyak mempelajari corak persembahan daripada MTV dia."
# Stacy (Juara AF6) : "Ketika Stacy membaca berita tentang kematian MJ (Micheal Jackson), Stacy terus tergamam dan rasa macam tidak percaya MJ sudah tiada lagi. Bagi Stacy umur 50 masih muda untuk kehilangan bintang tersohor dunia seperti MJ. Dia banyak buat konsert dan hiburan yang begitu dinamik. Stacy kasihan juga dengan dia kerana tidak sempat buat konsert besar di London itu. Secara jujur, Stacy pernah berangan-angan jumpa MJ selepas menyanyikan lagu Beat It (dalam konsert AF6)."
# Mila Jirin (Juara AF5): "Mila dapat tahu berita ini pagi tadi. Mila sedang berada di Indonesia sekarang. Mila memang terkejut sangat dan Mila ingin tahu punca sebenar Michael meninggal dunia. Maklumlah Mila rasa hairan sebab tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba dia meninggal dunia. Memang Michael Jackson tiada pengganti."
# Faizal Ramly (Juara AF4): "Micheal adalah penghibur ternama. Dia juga adalah penyanyi pujaan Datuk Sudirman sekaligus menjadi penyanyi pujaan Faizal. Muzik yang dia bawa berbeza dari orang lain dan bagi Faizal dunia hiburan memang kehilangan seseorang yang paling bernilai. Faizal terkejut sangat sebab sebelum ini Faizal banyak dengan kontroversi tentang dia. Micheal memang versatile dan serba boleh. Faizal kagum dengan auranya."
# Tomok (Juara One In A Million 3): "Tomok sama macam orang lain, terkejut sangat. Masa Tomok tengok ulang-tayang berita dan MTV Micheal, Tomok terasa sebak. Dunia sudah kehilangan bintang ternama yang selalu buat persembahan muzik untuk satukan semua bangsa dan keturunan. Tomok amat meminati lagu Beat It dan Black or White."
# Dayang Nurfaizah: "Saya juga membesar dengan lagu-lagunya. Saya pernah nyanyikan lagu Rock With You dan We Are The World. Album terbaiknya tentulah Thriller. Bagi saya, aura Michael cukup hebat. Saya seakan masih tidak percaya Michael sudah tiada lagi."
0 comments:
Post a Comment