SeLaMat DaTang Ke DuNiA NdYa QeLaTe...

Doa Untuk Sahabatku.....

Ya Allah... panjangkan lah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangilah hatinya dengan nur pancaran iman,tetapkanlah hatinya ,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya pada kebaikan dan jauhkan hatinya pada kejahatan ,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat.

Ya Allah....Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.....

Ya Allah...kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak...Amin.


Kerana ilmu kita bertemu.....kerana perkenalan ukhwah terjalin...kerana cita-cita perpisahan terjadi...TAPI kerana persahabatan Lillahi ia akan berkekalan dan diredhai.....

Ya Allah.... sahabatku buah hati ku,mesra kami penawar duka

rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah ....silatulrahim kami ukhwah fillah,bermusuh kami nauzubillah,berpisah mati insyaallah,pengubat hati doa rabitah

Ya Allah...rahmati kami meniti usia , terpisah kami di alam nyata pertemukan semula kami di alam syurga ......

InsyaAllah amin....

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

*jenama terhangat di pasaran sekarang
*Hanya setitik badan wangi sepanjang hari
*Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol
*Sesuai digunakan untuk/semasa solat
*Diinspirasikan daripada haruman jenama antarabangsa
*4 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
*Sekotak hanya RM25.00 / RM27.00( Tidak termasuk kos penghantaran)
*Turut ditawarkan set biasa yang berharga RM40/ RM45 sekotak( 8 botol sekotak dalam pelbagai bauan)

HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT:

no tel: 019-9061243 / 013-9182345

emel: NDya.Mieya@gmail.com

KoLeKsi ViDeo KegeMaRaN NaD

11:03 PM Posted In Edit This 0 Comments »










Stacy ditegur peminat!


Meskipun sudah ditegur beberapa kali, namun Stacy nampaknya masih selesa dengan imejnya yang seksi itu. Malah ketika ditemui di sebuah majlis baru-baru ini, jelas menunjukkan penyanyi realiti yang berasal dari Sabah itu masih berpakaian seksi. Bila ditegur lagi, dengan selambanya Stacy menafikannya, walhal jelas pakaian yang melekat di tubuh badannya itu tak ubah seperti ‘pembalut nangka’.

“Mana ada saya seksi? Saya rasa saya tak seksi pun. Apa yang saya pakai ni biasa sahaja dan sama seperti remaja lain. Saya sendiri bukannya suka berpakaian seksi kerana saya lebih suka pakai simple sahaja, cuma bila ada show atau photoshoot saya terpaksa pakai apa yang disediakan oleh mereka. Memang ada kalanya saya disediakan dengan baju yang agak seksi tapi atas dasar kerja saya terpaksa ikut demi menjaga hati mereka. Kalau saya tolak nanti orang akan kata saya ni cerewet pula.

“Saya faham, masyarakat kita pun memang tak boleh terima dengan imej macam tu. Malah saya sendiri pun pernah ditegur peminat. Mereka datang kepada saya dan memberitahu mereka tak suka saya berpakaian seksi. Lepas ini saya akan lebih berhati-hati dan segala teguran yang diberi saya terima secara positif,” kata Stacy ketika ditemui di majlis Together-Gather bersama Media anjuran Suria FM di Hotel Concorde, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Bertanyakan tentang perkembangkan seninya, kata Stacy, dia baru selesai menjalani penggambaran video klip untuk lagu barunya, ‘Pakai-Buang’ selain bekerjasama dalam filem terbaru terbitan KRU, My Spy. Mendengar berita itu, pasti ramai yang menganggap Stacy akan berlakon, namun sebenarnya dia hanyalah dipanggil untuk menyanyikan ‘sound track’ dalam filem itu sahaja.

“Dalam filem itu saya diminta untuk menyanyikan sebuah lagu, Menggegarkan Dunia dan saya pun baru sahaja selesai menjalani rakaman lagu itu di studio KRU. Saya pun teringin juga nak berlakon, tetapi tak ada offerlah. Mungkin rezeki saya hanya menyanyi. Apa-pun itu dah cukup bagus untuk saya,” kata Stacy.

Walaupun juara baru Akademi Fantasia sudah pun muncul, namun ia sedikit pun tidak menggugatkan kedudukan Stacy sebagai bintang kegilaan ramai remaja di luar sana. Buktinya, hingga ke hari ini dia masih mendapat tawaran menyanyi. Bagaimanapun, Stacy tidak menafikan yang dia juga turut rasa tercabar dengan kehadiran bintang baru AF itu.

“Memang rasa tercabar sangat, tetapi saya anggap ini persaingan yang sihat dan saya akan tetap berusaha untuk terus maintain dalam industri ini. Harap-harap peminat akan teruslah menyokong saya,” katanya yang popular dengan lagu ‘Aku Stacy’.


sumber dari akhbar sinar harian

0 comments:

koleksi video stacy