SeLaMat DaTang Ke DuNiA NdYa QeLaTe...

Doa Untuk Sahabatku.....

Ya Allah... panjangkan lah umur sahabatku,kurniakanlah kesihatan yang baik padanya,terangilah hatinya dengan nur pancaran iman,tetapkanlah hatinya ,perluaskanlah rezekinya,dekatkanlah hatinya pada kebaikan dan jauhkan hatinya pada kejahatan ,

tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama , dunia dan akhirat.

Ya Allah....Jangan biarkan sahabatku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kejalanMu..jika kau halalkan aku merindui sahabatku janganlah aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki rindu abadi dan kasih sejati hanya untukMu.....

Ya Allah...kurniakanlah sahabatku kesenangan,ketenangan kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat kelak...Amin.


Kerana ilmu kita bertemu.....kerana perkenalan ukhwah terjalin...kerana cita-cita perpisahan terjadi...TAPI kerana persahabatan Lillahi ia akan berkekalan dan diredhai.....

Ya Allah.... sahabatku buah hati ku,mesra kami penawar duka

rindu kami menambah cinta,rajuk kami membuah ceria...

Ya Allah ....silatulrahim kami ukhwah fillah,bermusuh kami nauzubillah,berpisah mati insyaallah,pengubat hati doa rabitah

Ya Allah...rahmati kami meniti usia , terpisah kami di alam nyata pertemukan semula kami di alam syurga ......

InsyaAllah amin....

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

WANGIAN ONE DROP PERFUMES

*jenama terhangat di pasaran sekarang
*Hanya setitik badan wangi sepanjang hari
*Pati minyak wangi tanpa campuran alkohol
*Sesuai digunakan untuk/semasa solat
*Diinspirasikan daripada haruman jenama antarabangsa
*4 jenis wangian berlainan dalam setiap kotak
*Sekotak hanya RM25.00 / RM27.00( Tidak termasuk kos penghantaran)
*Turut ditawarkan set biasa yang berharga RM40/ RM45 sekotak( 8 botol sekotak dalam pelbagai bauan)

HUBUNGI SAYA JIKA BERMINAT:

no tel: 019-9061243 / 013-9182345

emel: NDya.Mieya@gmail.com

KoLeKsi ViDeo KegeMaRaN NaD

9:58 PM Edit This 0 Comments »

stacy xsuka bersedih.....


Penyanyi genit ini baru sahaja menerima anugerah Penyanyi Baru Wanita Popular 2008 menerusi Anugerah Bintang Popular. Terbukti bakat dan nyanyian penyanyi berasal dari Panampang, Sabah ini diterima peminat. Biarpun baru setahun jagung dalam industri muzik tanah air, Stacy meluncur laju meredah arus. Dia bersyukur dan menjadikan kemenangannya di Akademi Fantasia 6 sebagai platform terbaik untuk merealisasikan impiannya bergelar seorang penyanyi berjaya. Serba sedikit kita tahu latar belakang di sebalik perjalanan dan usahanya untuk menjadi seorang penyanyi. Nasib di Gengstarz tidak menyebelahinya, namun dia tidak berputus asa. Dia mencuba pula di Akademi Fantasia dan kejayaan memihak kepadanya. Stracie Angie Anam atau Stacy, 19 tahun, begitu tabah dan tidak mengenal putus asa. Keluarga dan kesusahan hidup masa lalu menguatkan lagi semangat penyanyi ini untuk menggapai impian.

Lagu “Aku Stacy” dan “Gagap” sentiasa berkumandang di radio, kelincahannya menari sambil menyanyi membuatkan kita turut mahu menari. Itulah keunikan bakat yang dia miliki, bukan sahaja mempunyai vokal mantap, malah bertenaga mengatur gerak tari seiring dengan retak muzik. Biarpun terkenal dengan lagu-lagu berentak pop dance ini, namun dia berhasrat untuk memiliki album lagu-lagu berentak balada suatu hari nanti. Untuk tatapan pembaca Maskulin, kami paparkan Stacy sebagai Wanita Pilihan kali ini dengan gaya funky. Ikuti temubual Maskulin bersama penyanyi yang telah muncul dengan single terbarunya “Pakai Buang”.

Pernah ditawarkan untuk menjadi pelakon?
S: Pernah, Stacy ingin sangat jadi pelakon. Memang ada beberapa tawaran berlakon tetapi Stacy terpaksa menolaknya buat masa ini kerana jadual persembahan serta nyanyian terlalu ketat.
Penyanyi yang menjadi idola
S: Stacy menjadikan Faizal Tahir dan Anita Sarawak sebagai penyanyi idola. Bukan hanya kerana vokal hebat, tetapi persembahan bertenaga mereka di pentas begitu mengagumkan. Stacy gembira sangat apabila pernah diberi peluang untuk berduet dengan Faizal Tahir dulu
.

Diberi gelaran “dancing queen era baru”. Komen anda?
S: Stacy bersyukur dan berterima kasih sangat-sangat apabila ada pihak yang menganggap Stacy begitu dan samakan kebolehan Stacy dengan penyanyi yang lebih hebat. Sebenarnya Stacy belum layak jika dibandingkan dengan mereka. Masih banyak yang perlu Stacy pelajari.
PENGALAMAN HIDUP LALU

Pandangan anda mengenai kehidupan
S: Stacy bersyukur dengan peluang yang diberikan dalam hidup ini. Stacy benar-benar sedar dan mahu mengubah pengalaman hidup lalu kepada yang lebih baik. Stacy ingat kesusahan kami sekeluarga. Sebab itu Stacy berusaha gigih untuk terus diterima, membuat yang terbaik dan sentiasa berhati-hati meneruskan perjuangan dalam bidang seni.
Personaliti anda
S: Seorang yang happy go lucky (gila-gila)

Anda suka…
S: Bercakap, menyanyi, menari, ketawa dan berangan
Anda tidak suka…
S: Menangis/bersedih, ditengking, duduk diam, dituduh bukan-bukan
Aktiviti yang dilakukan ketika waktu lapang
S: Stacy lebih suka berehat dan bermalas-malas di rumah. Waktu lapang sebeginilah memberi peluang kepada Stacy dan kakak serta abang berkumpul menceritakan hal masing-masing. Kalau kata nak keluar lepak di luar, Stacy tidak suka sangat.
Solo atau sudah berpunya?
S: Buat masa ini saya masih solo dan rasanya masih terlalu awal untuk Stacy fikirkan soal cinta. Cinta Stacy sekarang ialah pada karier dan keluarga.
Kredit : Karangkraf (Majalah Maskulin – Ruangan Gadis)

0 comments:

koleksi video stacy